Title of article
Imbuhan Kompleks Kata Nama Ke-...-an Bahasa Melayu:analisis Data Korpus
Author/Authors
Ahmad، Zaharani نويسنده Universiti Kebangsaan Malaysia , , Khairudin، Shakira نويسنده Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia ,
Issue Information
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages
24
From page
199
To page
222
Abstract
Makalah ini bertujuan menghuraikan proses morfologi yang melibatkan penghasilan imbuhan kompleks kata nama ke-...-an dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan data sekunder yang terdapat dalam pangkalan data korpus UKM-DBP yang berjumlah lima juta patah perkataan. Data dijana dengan menggunakan perisian Wordsmith Tools 4.0 dan dipaparkan dalam bentuk baris konkordans. Kata terbitan yang terdiri daripada imbuhan kompleks dikelompokkan dalam kumpulan tertentu berdasarkan jenis imbuhan yang bergabung dengan apitan ke-...-an. Data ini dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif dan teoretis menurut kerangka teori morfologi leksikal. Dapatan kajian menunjukkan rumus pembentukan kata yang melibatkan imbuhan kompleks ke-...-an terdiri daripada dua strata atau tingkat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa selain rangkap awalan, rangkap akhiran juga boleh wujud dalam bahasa Melayu.
Journal title
Jurnal Bahasa
Serial Year
2010
Journal title
Jurnal Bahasa
Record number
1435413
Link To Document