Title of article
Keberkesanan Aplikasi Tmk Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid: Satu Kajian Kes
Author/Authors
Mohamed Salim، Abul Fuad نويسنده Bahagian Teknologi Pendidikan, Kelantan , , Hj Daud، Izani نويسنده Sekolah Menengah Kebangsaan Salor, Kota Bharu, Kelantan ,
Issue Information
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages
19
From page
223
To page
241
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid, minat dan penglibatan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Alat ukur kajian ini ialah ujian pra- dan ujian pasca- bagi melihat keberkesanan penguasaan kemahiran membaca dan Instrumen Permerhatian Guru bagi mengukur minat dan penglibatan murid. Dua kaedah P&P diguna pakai dalam kajian ini, iaitu kaedah Stand Alone yang menyamai situasi dan kemudahan TMK di makmal komputer dan pusat akses sekolah dan kaedah Bilik Darjah. Penyampaian kemahiran membaca kepada murid dilakukan secara pengayaan kendiri dan berfokuskan guru. Dapatan kajian menunjukkan minat murid adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK dan kaedah Stand Alone. Kaedah ini lebih diminati berbanding kaedah Bilik Darjah. Penglibatan murid juga adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK, dan tiada perbezaan penilaian pemerhatian bagi kaedah Stand Alone dan kaedah Bilik Darjah. Secara keseluruhan telah berlaku peningkatan secara menyeluruh dalam penguasaan kemahiran membaca murid-murid.
Journal title
Jurnal Bahasa
Serial Year
2010
Journal title
Jurnal Bahasa
Record number
1435415
Link To Document