• Title of article

    Transduser Optik Hidrogen Peroksida Berasaskan Enzim Peroksidase Terpegun dalam Monolit Hibrid Sol-Gel-Kitosan

  • Author/Authors

    Ab Rahman, Nurul Izzah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia , Ahmad, Musa Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia

  • From page
    7
  • To page
    10
  • Abstract
    Kajian pemegunan enzim peroksidase dalam membran hibrid sol-gel-kitosan untuk penyediaan transduser optik hidrogen peroksida telah dilakukan dalam pembinaan biosensor. Kajian ini merangkumi pengoptimuman nisbah sol-gel-kitosan, pencirian enzim dalam larutan bebas dan pemegunan enzim dalam hibrid sol-gel-kitosan serta penciriannya. Spektrum serapan bagi setiap pencirian ditentukan menggunakan Spektrofotometer uL-Nampak. Hasil kajian menunjukkan aktiviti enzim tidak berubah selepas pemegunan. Nisbah optimum hibrid sol-gel-kitosan adalah 4:6. Nilai sisihan piawai relatif (RSD) untuk kebolehulangan kaedah ini adalah 2.71% dan 3.76%, masing-masingnya untuk enzim bebas dan enzim terpegun
  • Keywords
    Transduser optik , enzim peroksidase , hibrid sol , gel , kitosan , monolit , hidrogen peroksida
  • Record number

    2554421