• Title of article

    Penilaian Kaedah Pengiraan Escherichia colidalam Masakan Ayam (Evaluation of Escherichia coli Enumeration Methods in Poultry Dishes)

  • Author/Authors

    ABDUL RAHMAN, RATNA DEWI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , ABDULLAH SANI, NORRAKIAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , JEMAIN, ABDUL AZIZ Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia

  • From page
    325
  • To page
    331
  • Abstract
    Kajian ini bertujuan untuk memilih kaedah terbaik daripada sebelas kaedah pengiraan Escherichia coli dalam masakan ayam. Kaedah-kaedah tersebut adalah piring curahan, piring sebaran, piring titisan, PetrifilmTM, tiga jenis pemiringan terus dan empat jenis kaedah bilangan paling mungkin (MPN). Perbandingan kaedah dijalankan mengikut prosedur ISO 16140. Setiap strain E. coli (ATCC 25922, IMR 1/3 107B dan IMR E243) telah diinokulasikan ke dalam lima jenis masakan ayam bagi mendapatkan kepekatan bakteria sehingga 105 cfu/g. Perlakuan haba dibuat pada 55oC selama 4-6 min bagi mewujudkan persekitaran yang seakan-akan sama seperti makanan tersebut dihidangkan sebaik sahaja selepas dimasak. Analisis statistik Regressi Kaedah Kuasa Dua Terkecil (KKDT) dijalankan bagi membandingkan sebelas kaedah pengiraan E. coli. Nilai kecerunan (m) yang signifikan (p 0.05) pada kesemua Graf KKDT membawa maksud kesemua kaedah adalah serupa daripada segi kejituan, korelasi, dan ketepatan relatif. Oleh itu, penilaian praktikal turut dipertimbangkan bagi menentukan tiga kaedah terbaik bagi pengiraan E. coli dalam masakan ayam. Piring curahan, PetrifilmTM dan piring titisan adalah lebih praktikal berbanding lapan kaedah yang lain
  • Keywords
    Escherichia coli , kaedah ISO 16140 , masakan ayam , regresi KKDT
  • Record number

    2555370