Title of article
Kajian Naskhah Undang-Undang Adat Melayu di London
Author/Authors
Harun, Jelani Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Bahagian Kesusasteraan, Malaysia
From page
127
To page
148
Abstract
Undang-undang adat Melayu telah wujud sejak zaman silam dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Dalam perubahan berikutnya, undangundang tersebut telah ditulis dan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Pentingnya undang-undang adat tergambar melalui sejumlah besar manuskrip yang telah ditemui. Namun, kajian yang bersungguh-sungguh ke atas naskhah undang-undang adat Melayu (terutamanya berasaskan manuskrip Jawi di London) masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu, makalah ini ditulis dengan objektif untuk mengesani minat awal sarjana Inggeris terhadap penulisan undang-undang adat Melayu, selain untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus undang-undang adat Melayu dan menilai bentuk hubungan tradisi Melayu dengan pemikiran Islam terhadap konsep keadilan undang-undang bagi masyarakat Melayu masa silam
Keywords
Undang , undang adat , manuskrip Jawi , peraturan , tradisi Melayu , keadilan
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number
2570714
Link To Document