• Title of article

    Sureq, Lontaraq, Toloq: Manuskrip dan Ragam Sastera Bugis

  • Author/Authors

    KOOLHOF, SIRTJO KITLV/Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, Netherlands

  • From page
    171
  • To page
    186
  • Abstract
    Sejak tahun 1970-an sastera Bugis tertulis digolongkan ke dalam dua kategori, sureq, iaitu sastera indah dan lontaraq, prosa dengan ciri yang lebih berorientasi praktis, seringkali berupa tulisan sejarah. Walaupun hampir semua penyelidik sastera Bugis mengikut klasifikasi itu, tradisi manuskrip Bugis sendiri tidak mendukung dikotomi sureq-lontaraq ini. Dalam artikel ini, penggunaan istilah ini, bersama istilah toloq, (biasanya diertikan sebagai ‘syair kepahlawanan’), diulang kaji berdasarkan isi manuskrip Bugis dan tradisinya. Berdasarkan tradisi manuskrip itu, dapat disimpulkan bahawa istilah sureq dan lontaraq pada dasarnya tidak mengacu kepada ragam sastera, tetapi kepada manuskrip sebagai benda fizikal dan pemakaian istilah itu untuk jenis sastera merupakan klasifikasi artifisial
  • Keywords
    Sastera Bugis , jenis sastera , manuskrip , Sulawesi Selatan
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Journal title
    International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
  • Record number

    2590149