Title of article
Subklasifikasi Dialek Melayu Patani-Kelantan-Terengganu: Satu Analisis Kualitatif
Author/Authors
Che Kob, Madya Ajid Universiti Kebangsaan Malaysia - Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Malaysia
Pages
10
From page
1
To page
10
Abstract
Salah satu matlamat kajian dialek atau dialek geografi adalah membuat pengelompokan iaitu menentukan keakraban kekerabatan atau salasilah dialek-dialek yang diturunkan daripada sesuatu bahasa ( Nothofer 1993 : 165, Ajid Che Kob 2007: 129-143). Dalam merealisasikan matlamat ini, secara umumnya, terdapat dua pendekatan atau kaedah lazim digunakan. Pertamanya adalah melalui kaedah kualitatif dan keduanya adalah melalui kaedah kuantitaif atau lebih tepat lagi kaedah leksikostatistik. Kedua-dua kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Pada dasarnya, kaedah kualitatif didasarkan kepada kebersamaan bentuk linguistik yang terdapat dalam dialek yang diturunkan daripada sesuatu bahasa manakala kaedah kuantitatif didasarkan kepada peratusan kognat yang terdapat dalam bahasa berkerabat ataupun dialek yang diturunkan daripada sesuatu bahasa.
Keywords
Subklasifikasi , Dialek Melayu , Satu Analisis Kualitatif
Journal title
Jurnal Melayu
Serial Year
2008
Journal title
Jurnal Melayu
Record number
2625090
Link To Document