Title of article
Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab
Author/Authors
Aladdin, Ashinida Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia
From page
645
To page
666
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana para pelajar di peringkat menengah mengatasi masalah kekurangan leksikal ketika bertutur dalam bahasa Arab. Ia juga bertujuan untuk mengkaji apakah kategori strategi komunikasi yang digunakan secara umum dan yang paling kerap digunakan oleh responden sebagai usaha untuk meneruskan komunikasi dalam bahasa Arab serta memastikan mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar dapat difahami. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dimana data dikumpul melalui kaedah temubual separa-berstruktur dalam bahasa Arab dengan 6 orang (n=6) responden dari Tingkatan 6 Atas dari salah sebuah sekolah menengah agama di Selangor. Data lisan dari rakaman temubual telah ditranskripsi, kemudian dianalisa menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang dibangunkan oleh Tarone (1983) dan telah disusun semula secara konsepsual oleh Faerch dan Kasper (1983b; 1984) dan Bialystok (1990) bagi mengenalpasti strategi komunikasi yang digunakan ketika berhadapan dengan kekurangan leksikal semasa bertutur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah menggunakan strategi pencapaian secara ekstensif daripada strategi pengelakan. Oleh yang demikian, penggunaan strategi komunikasi yang merupakan satu teknik yang sistematik untuk menyampaikan mesej, dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian komunikatif mereka dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Arab walaupun mereka mempunyai pengetahuan linguistik yang terhad dalam bahasa sasaran tersebut
Keywords
strategi komunikasi , pertuturan , leksikal , bahasa Arab , bahasa kedua
Journal title
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number
2648692
Link To Document