Title of article
Sintaksis Kata Tanya ‘Sapa’ Dalam Dialek Kedah
Author/Authors
Mohamed Sultan, Fazal Mohamed Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia , Suhaimi, Nurulafiqah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Malaysia
From page
43
To page
59
Abstract
Kajian sintaksis sesuatu dialek masih kurang dijalankan di Malaysia. Maka, kajian ini merupakan usaha awal yang akan menggunakan dialek Kedah (DK) untuk membahaskan sifat dan struktur sintaksis kata tanya sapa. Berdasarkan penelitian awal, kata tanya sapa mempunyai dua kedudukan iaitu kedudukan akhir yang dinamakan in-situ dan kedudukan awal yang dinamakan pergerakan (movement). Sifat in-situ tidak bercanggah dengan nahu standard dalam buku Tatabahasa Dewan yang hanya menyatakan bahawa kata tanya boleh berada di posisi awal ayat sahaja dan disertai dengan partikel –kah dan di posisi akhir tanpa partikel kah. Data yang dibahaskan ini diperolehi melalui kajian lapangan di Baling, Kubang Pasu, Kuala Nerang dan Kubang Rotan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan sifat kata tanya sapa melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995). Kajian ini mendapati bahawa sifat sapa yang in-situ dan bergerak berdasarkan faktor OP (Operator) dan VAR (Variabel) serta [± in-situ] telah dimanupulasi oleh kata tanya tersebut.
Keywords
kata tanya , dialek Kedah , in , situ , pergerakan , operator
Journal title
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number
2648968
Link To Document