• Title of article

    Analisis Kesilapan Dan Strategi Pembelajaran Gender Gramatikal Bahasa Perancis

  • Author/Authors

    Abdul Halim, Hazlina Universiti Putra Malaysia - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Malaysia

  • From page
    169
  • To page
    184
  • Abstract
    Kajian ini merupakan suatu analisis pemerolehan gender gramatikal bahasa Perancis dari sudut kesilapan aplikasi dan strategi pembelajaran pelajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Makalah ini menyiasat tahap kepekaan dan aplikasi gender gramatikal bahasa Perancis oleh pelajar universiti. Kajian ini juga ingin mengenal pasti strategi yang digunakan oleh pelajar dalam pemerolehan gender gramatikal. Responden terdiri daripada 60 pelajar bahasa Perancis tahap pertengahan. Sebanyak 20 ayat yang mengandungi kosa kata yang telah dipelajari diberikan kepada responden untuk menguji kepekaan dan aplikasi gender bahasa Perancis. Analisis kesilapan menggunakan Surface Strategy Taxonomy oleh Dulay, Burt dan Krashen (1982) telah dilakukan dan dapatan menunjukkan pelajar mempamerkan kepekaan yang minimum terhadap gender yang dikaitkan dengan kata sendi. Pelajar juga mempunyai kesukaran untuk menghubungkaitkan kata sifat dengan kata nama yang mempunyai gender, terutamanya apabila ia melibatkan kata nama tak bernyawa. Pengkaji mendapati kesilapan pemilihan, kesilapan pengurangan dan kesilapan penambahan oleh pelajar adalah disebabkan oleh ketidakpekaan dan ketidakfahaman mereka tentang gender dan aplikasinya. Beberapa strategi dikenal pasti telah digunakan oleh pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam ayat yang mempunyai struktur gender gramatikal.
  • Keywords
    pemerolehan bahasa , gender gramatikal bahasa Perancis , bahasa Perancis , analisis kesilapan , strategi pembelajaran
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Record number

    2648989