• Title of article

    Prevention of disease in al-Tibb al-Nabawi : A contemporary relevance

  • Author/Authors

    Deuraseh, Nurdeen Universiti Putra Malaysia - Faculty of Human Ecology - Department of Government and Civilizution Studies, Malaysia

  • From page
    163
  • To page
    177
  • Abstract
    Kajian ini menjelaskan beberapa kaedah pencegahan penyakit yang terdapat di dalam sistem Perubatan Nabawi (Tibb Nabawi). Di antara kaedah pencegahan penyakit yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan Sahabatnya ialah pengasingan pesakit yang telah menghidapi penyakit berjangkit daripada orang awam supaya penyakit tersebut dapat dikawal dengan berkesan. Selain daripada itu, Nabi Muhammad (s.a.w) juga pernah menasihatkan Sahabatnya supaya mencelupkan lalat yang terjatuh kedalam minuman dan kemudian membuangkannya kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar. Kajian mengenai pencegahan penyakit seperti yang terdapat dalam sistem Perubatan Nabawi amat penting kerana ia boleh memberi gambaran sebenar mengenai kesihatan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan bagaimana mereka berjaya mencegah penyakit dan menjaga kesihatan mereka. Kedua, mekanisme psikologi tertentu amat penting dalam pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan. Ketiga, sebahagian besar perubatan nabawi memberi penekanan terhadap pencegahan penyakit berbanding rawatan penyakit. Kaedah pencegahan pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) juga berasaskan ilmu saintifik yang terdapat pada ketika itu
  • Journal title
    Al-Bayan Journal Of Quran an‎d Hadith Studies
  • Journal title
    Al-Bayan Journal Of Quran an‎d Hadith Studies
  • Record number

    2655752