• Title of article

    ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • Author/Authors

    Muslim, Nazri Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Buang, Ahmad Hidayat university of malaya, Malaysia

  • From page
    115
  • To page
    129
  • Abstract
    Perbincangan mengenai artikel ini akan menjurus kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan dengan Islam seperti agama persekutuan, hak kebebasan beragama, kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan, pengecualian undang-undang Islam daripada undang-undang darurat, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu. Turut dibincangkan juga mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan kebebasan beragama yang sering menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia. Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Kesemua ini menunjukkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia.
  • Keywords
    Islam , Perlembagaan Persekutuan , etnik , negara Islam , kebebasan beragama
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2664014