• Title of article

    FAKTOR PENDORONG PENUKARAN KOD DALAM KALANGAN PELAJAR MOBILITI BERBAHASA PERANCIS DI MALAYSIA

  • Author/Authors

    asbullah, nuradibah universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia , abdul halim, hazlina universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia , mansor, nor shahila universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia

  • From page
    29
  • To page
    33
  • Abstract
    Fenomena penukaran kod di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang asing sehingga menjadi kebiasaan masyarakat dan komuniti dan menjadikan hampir seluruh penutur di Malaysia menukar kod dari satu bahasa kepada satu bahasa yang laindengan mudah. Kajian ini meninjau sama ada penukaran kod juga ialah fenomena yang sama untuk masyarakat Perancis. Oleh yang demikiann, kajian inibertujuan untuk mengenal pasti faktor pendorong kepada penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia dengan berlandaskan teori penukaran kod oleh Gumperz (1982). Seramai 5 orangpelajar berbangsa Perancis yang berusia di antara 21-24 tahun telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini mengambil masa selama 12 minggu, dan instrumen yang digunakan ialah rakaman audio perbualan seharian responden. Perbualan responden ini telah dirakam, ditranskripsi dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mendorong penukaran kod adalah kurang sumber rujukan, untuk memudahkan pemahaman, perbuatan yang dilakukan secara spontan, persamaan ejaan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis serta dorongan penutur lain.
  • Keywords
    Kata kunci: Penukaran kod , fungsi penukaran , faktor penukaran , pelajar mobiliti , bahasa Perancis
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2664070