• Title of article

    Novel Melayu dalam Pelbagai Perspektif

  • Author/Authors

    Ali, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd university of malaya - Akademi Pengajian Melayu - Jabatan Kesusasteraan Melayu, Malaysia

  • From page
    149
  • To page
    154
  • Abstract
    Kesusasteraan Melayu di Malaysia pada hari ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan teori dan kritikan sastera tanah air yang semakin mendapat perhatian para sarjana dan pengkaji sastera Melayu. Kajian kesusasteraan Melayu pada masa kini banyak menggunakan teori Barat dan teori Islam bagi menganalisis karya sastera. Bersesuaian dengan agama, amalan dan budaya masyarakat Melayu yang sememangnya beragama Islam, maka teori dan konsep Islam semakin mendapat perhatian dan banyak kajian dilakukan pelbagai peringkat kajian di universiti. Selain novel-novel serius yang mendapat perhatian khalayak, novel popular juga semakin mendapat tempat dalam arus perkembangan sastera di Malaysia. Ia mendapat perhatian pengkaji-pengkaji sastera terutamanya ditinjau daripada perspektif pengkomersialan karya sastera.
  • Journal title
    Jurnal Melayu
  • Journal title
    Jurnal Melayu
  • Record number

    2665541