• Title of article

    GAMBARAN NILAI MURNI DALAM SEUNTAIAN CERITA-CERITA RAKYAT MELAYU: SUATU PENGAPLIKASIAN KONSEP ROHANI

  • Author/Authors

    yaacob, mohd firdaus che universiti malaysia kelantan, kampus bachok - fakulti teknologi kreatif dan warisan - jabatan pengajian warisan, Bachok, Malaysia

  • From page
    46
  • To page
    55
  • Abstract
    Kajian ini membawa pembaca untuk memahami terhadap nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu di Malaysia. Cerita-cerita rakyat Melayu ini berfokuskan kepada nilai berdikari dan nilai keberanian berdasarkan teks. Hal ini, kerana kedua-dua nilai murni ini menjadi lambang kepada keluhuran sikap masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, keperibadian ini sewajarnya dipupuk dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa kini. Seterusnya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan konsep nilai berdikari dan nilai keberanian dalam cerita-cerita rakyat Melayu di Malaysia. Di samping itu, konsep rohani dijadikan diduktif kajian bersifat ideal. Selain itu, kajian ini menggunakan teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malysia yang diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015. Justeru, kajian ini telah membuktikan secara umum bahawa cerita-cerita rakyat Melayu telah membawa perubahan positif kepada masyarakat dengan adanya amalan dan pemupukan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu.
  • Keywords
    Cerita , Cerita Rakyat Melayu , Nilai Berdikari , Nilai Keberanian , Masyarakat Melayu , Konsep Rohani
  • Journal title
    Journal Of Business an‎d Social Development
  • Journal title
    Journal Of Business an‎d Social Development
  • Record number

    2676058