• Title of article

    PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH, KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

  • Author/Authors

    mohd asaad, mohd norhasni universiti utara malaysia, Sintok, Malaysia , saad, rohaizah universiti utara malaysia, Sintok, Malaysia , ahmad, mohd akhir universiti utara malaysia, Sintok, Malaysia , iteng, rosman universiti utara malaysia, Sintok, Malaysia

  • From page
    32
  • To page
    45
  • Abstract
    Sejajar dengan perkembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merancang langkah-langkah untuk mengubah perkhidmatan awam bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan. Terdapat usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5S. Walaupun banyak kajian telah dijalankan dan dibincangkan oleh penyelidik, terutamanya dalam menerima pakai kaedah pengurusan Jepun seperti 5S, ia masih belum menemui kesimpulan konkrit mengapa beberapa organisasi menghadapi kegagalan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan 5S di kalangan staf pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini menggunakan Item Response Theory (IRT) untuk memeriksa tahap pelaksanaan 5S. Model Rasch dengan perisian Winsteps 3.6 telah digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan secara rawak kepada staf pentadbiran. Dapatan kajian ini dapat membangunkan suatu profil amalan 5S di mana ia menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan 5S boleh dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan penambahbaikan yang berterusan.
  • Keywords
    5S , Prestasi perkhidmatan , Model Rasch
  • Journal title
    Journal Of Business an‎d Social Development
  • Journal title
    Journal Of Business an‎d Social Development
  • Record number

    2676062