• Title of article

    Trance dalam Kuda Kepang Mabuk (KKM): Suatu Manifestasi Simbolik Perjalanan Kerohanian

  • Author/Authors

    Abdul Rahman, Mohd Kipli Universiti Sains Malaysia, Malaysia

  • Pages
    25
  • From page
    17
  • To page
    41
  • Abstract
    Tarian yang berunsurkan trance merupakan suatu fenomena lazim yang terdapat di negara­-negara Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Tarian ini mempunyai suatu elemen spiritual yang mengamalkan prinsip mind over matter. Hal ini dapat disaksikan dalam tarian Kuda Kepang Mabuk (KKM) yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Sejarah asal usul tarian atau permainan KKM masih lagi kabur. Ada beberapa teori atau pendapat yang dikemukakan berkaitan dengannya sama ada menerusi cerita-cerita lisan yang dituturkan turun-­temurun atau berdasarkan sejarah. Teori pertama menyatakan tarian atau permainan ini berasal dari Tanah Arab dan Parsi. Pada abad ke-13 Masihi. pelaut-pelaut Jawa yang pernah ke Timur Tengah dikatakan membawa batik tarian ini untuk diperkenalkan kepada masyarakat Jawa. Tarian ini merupakan gambaran telatah perwira-perwira Arab di bawah pimpinan Sayidina Ali menunggang kuda ketika berperang menentang musuh Islam (Dewan Budaya 1982).
  • Keywords
    Kuda Kepang Mabuk , Trance , Perjalanan Kerohanian
  • Journal title
    Wacana Seni, Journal of Arts Discourse
  • Serial Year
    2006
  • Journal title
    Wacana Seni, Journal of Arts Discourse
  • Record number

    2721456