شماره ركورد
96316
عنوان مقاله
Kahwin Lari Tanpa Izin Wali Bagi Anak Dara Yang Masih Mempunyai Wali Nasab: Satu Analisis Ke Atas Fatwa Negeri Perlis
پديد آورندگان
hazman, atiqah universiti malaya - akademi pengajian islam - pelajar ijazah sarjana jabatan fiqh dan usul, Malaya , ahmad, bahiyah universiti malaya - akademi pengajian islam - jabatan fiqh dan usul, Malaysia , pauzi, norhidayah universiti malaya - akademi pengajian islam - jabatan fiqh dan usul, Malaysia
از صفحه
162
تا صفحه
184
چكيده فارسي
Permasalahan utama bagi kajian ini adalah mengenai perbezaan pandangan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Fatwa Negeri Perlis berkaitan hukum anak dara yang berkahwin lari tanpa mendapat keizinan wali nasab. Objektif kajian adalah untuk menilai justifikasi pandangan fatwa yang diputuskan oleh Negeri Perlis bagi pasangan yang sengaja lari daripada wali untuk diakadnikah berwalikan wali hakim di Selatan Thailand. Metodologi yang telah digunakan adalah metod kepustakaan termasuk penelitian kes-kes mahkamah yang direkodkan, penelitian ke atas kertas kerja fatwa negeri-negeri serta metode lapangan seperti temu bual secara bersemuka dengan beberapa informan seperti hakim, mufti, penggubal undang-undang dan sarjana negara. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa kawin lari Negeri Perlis yang dikeluarkan dalam aspek anak dara yang masih mempunyai wali nasab yang sengaja melarikan diri untuk berkahwin adalah tidak sah lebih menepati kehendak syarak seperti mana yang telah dibincangkan oleh fuqaha. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berautoriti seperti para hakim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Majlis Agama Negeri-Negeri dan Institusi- Institusi Fatwa dalam menilai semula keputusan pasangan yang kahwin lari di negara ini.
كليدواژه
Kahwin lari , fatwa , dua marhalah , wali ghaib , wali enggan
عنوان نشريه
مجله الاسلام في آسيا
عنوان نشريه
مجله الاسلام في آسيا
لينک به اين مدرک