Title of article :
Pengaruh Dialek Dalam Pertuturan Bahasa Melayu Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram
Author/Authors :
A.H.، Shahidi نويسنده Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia , , Aman، Rahim نويسنده Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2010
Pages :
11
From page :
287
To page :
297
Abstract :
Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa wujud pengaruh dialek, khususnya dialek Melayu Kelantan dalam bahasa Melayu standard yang dituturkan oleh penutur natif Kelantan. Kajian ini mengenal pasti pola penasalan yang akan diteliti berasaskan analisis spektrografik. Tumpuan analisis ini ialah pada suku kata akhir perkataan sasaran yang dituturkan oleh penutur Melayu Kelantan ketika bertutur dalam dua konteks berbeza, iaitu ketika berbahasa Melayu standard dan tidak standard (dialek Melayu Kelantan). Analisis spektrografik (terhadap data kajian) di sini merujuk kepada kajian perubahan ciri fonetik bunyi vokal dan konsonan pada suku kata akhir (sama ada frekuensi forman vokal [a] pada suku kata akhir kekal atau berubah kepada [E], dan sama ada isyarat-isyarat akustik bunyi konsonan nasal akhir kata terbukti kekal atau hilang). Dari segi hakikat fonetik, terdapat perbezaan pola penasalan dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard. Berasaskan hakikat ini, kita mungkin mengandaikan wujudnya perbezaan pada ciri-ciri vokal dan konsonan pada suku kata akhir dalam pertuturan penutur Melayu Kelantan apabila penutur berkenaan bertutur dalam dua konteks/situasi yang berbeza, iaitu ketika berbahasa Melayu standard dan ketika bertutur dalam dialek Melayu Kelantan. Walau bagaimanapun, kajian ini membuktikan sebaliknya, iaitu ciri-ciri dialek Melayu Kelantan begitu kuat mempengaruhi pertuturan bahasa Melayu standard oleh penutur Melayu Kelantan.
Journal title :
Jurnal Bahasa
Serial Year :
2010
Journal title :
Jurnal Bahasa
Record number :
1435418
Link To Document :
بازگشت