Author/Authors :
Ahmad Marekan، Nur Hafeza نويسنده Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia , , Seong، Goh Sang نويسنده Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia ,
Abstract :
Makalah ini membincangkan penterjemahan mentifak unsur
kepercayaan dan nilai daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
Penelitian berfokus pada strategi terjemahan unsur kepercayaan dan
nilai. Faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi penterjemahan
kepercayaan dan nilai ini turut dibincangkan. Data yang dianalisis
dipetik daripada novel Sungai Mengalir Lesu, karya A. Samad Said
(1967) yang telah diterjemahkan oleh Aveling (1981). Kajian ini
memanfaatkan pendekatan dokumentari dan instrumental oleh Nord
(1997) untuk meneliti strategi penterjemahan unsur kepercayaan dan
nilai. Konsep makna situasi oleh Larson (1984), definisi nilai dan
kepercayaan oleh Katan (2004) serta definisi mentifak oleh Huxley
(1957) turut dimanfaatkan untuk mengenal pasti unsur nilai dan
kepercayaan, serta mesejnya dalam teks sumber. Didapati bahawa
unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang berkongsi
medan semantik budaya yang serupa dengan nilai dan kepercayaan
dalam bahasa sasaran lebih cenderung disampaikan kembali dalam
teks terjemahan melalui pendekatan dokumentari, manakala unsur
nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang tidak wujud dalam
bahasa sasaran lebih kerap diterjemahkan dengan menggunakan
pendekatan instrumental.