Title of article :
Pengaruh faktor keluarga terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah
Author/Authors :
Kanammah، Manukaram, نويسنده Universiti Sains Malaysia(Malaysia) , , Abdullah، Melissa Ng Lee Yen نويسنده Universiti Sains Malaysia(Malaysia) , , Hasan، Shahizan نويسنده Universiti Sains Malaysia(Malaysia) ,
Issue Information :
روزنامه با شماره پیاپی سال 2013
Pages :
23
From page :
179
To page :
201
Abstract :
Tujuan - Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor keluarga dari segi gaya asuhan ibu bapa, suasana pembelajaran keluarga dan penglibatan keluarga dalam pembentukan kemahiran pembelajaran regulasi kendiri. Metodologi - Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap 639 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih sampel tersebut. Kemahiran pembelajaran regulasi kendiri murid telah diukur dengan komponen kemahiran belajar dalam Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) manakala faktor keluarga diukur dengan Parental Authority Questionnaire, Family Environment Scale dan Perseption of Parents Scales (POPS). Dapatan - Dapatan menunjukkan korelasi antara pembelajaran regulasi kendiri dengan dua faktor keluarga iaitu penyertaan ibu bapa dan orientasi pencapaian keluarga adalah positif dan berkekuatan sederhana. Pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah hanya mempunyai hubungan yang signi?kan dengan gaya asuhan autoritatif dan autoritarian. Namun, hubungan antara variabel-variabel ini adalah lemah. Analisis regresi berganda stepwise pula menunjukkan bahawa faktor keluarga adalah peramal pembelajaran regulasi kendiri yang signi? kan iaitu penyertaan ibu bapa, orientasi pencapaian keluarga, sokongan ibu bapa, gaya asuhan tidak responsif dan gaya asuhan autoritatif. Secara keseluruhannya, keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa faktor keluarga menyumbang sebanyak 30.6% (R2=.306) dalam pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Kepentingan - Implikasi pendidikan dapatan kajian telah dibincangkan dalam kajian ini. Penglibatan keluarga, gaya asuhan ibu bapa dan suasana pembelajaran keluarga mempengaruhi pembelajaran regulasi kendiri. Faktor keluarga dapat membentuk murid yang mengawal atur strategi pembelajaran sejak kecil. Jadi, kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai kesedaran tentang kepentingan pembelajaran regulasi kendiri sejak sekolah rendah.
Journal title :
Malaysian Journal of Learning and Instruction
Serial Year :
2013
Journal title :
Malaysian Journal of Learning and Instruction
Record number :
2197086
Link To Document :
بازگشت