• Title of article

    Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar (Interpersonal Teacher Skill and It’s Relationship with Students’ Academic Achievement)

  • Author/Authors

    MUSA، KHALIP نويسنده , , ABD. HALIM، HARIZA نويسنده ,

  • Issue Information
    دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2015
  • Pages
    12
  • From page
    89
  • To page
    100
  • Abstract
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar pintar cerdas. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Kajian melibatkan empat buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri Pahang dengan responden seramai 226 orang pelajar tingkatan lima. Terdapat lapan jenis kemahiran interpersonal guru yang dicadangkan oleh teori kajian. Analisis deskriptif min menunjukkan tahap kemahiran interpersonal guru-guru adalah sederhana. Ujian Kolerasi pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar. Namun begitu analisis ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi kemahiran interpersonal guru antara empat buah MRSM terlibat. Kajian mencadangkan supaya guru-guru berusaha meningkatkan aplikasi kemahiran interpersonal kerana ia mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Dalam konteks pelajar pintar cerdas, pelaksanaannya perlu mengambil kira gaya pembelajaran dan sumber motivasi instrinsik kumpulan pelajar ini.
  • Keywords
    komunikasi , Kemahiran interpersonal , pencapaian akademik , pembelajaran , pengajaran
  • Journal title
    Astroparticle Physics
  • Serial Year
    2015
  • Record number

    2402816