• Title of article

    Perspektif Guru terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid dengan Ketidakupayaan Penglihatan (Teachers’ Perspectives on Academic Engagement of Students with Visual Impairments)

  • Author/Authors

    Mohd Ali، Manisah نويسنده , , HASSAN، NOORFAZIHA نويسنده ,

  • Issue Information
    دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2014
  • Pages
    6
  • From page
    109
  • To page
    114
  • Abstract
    Kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Selain itu, kajian ini meninjau perbezaan perspektif antara guru di sekolah khas, guru resos dan guru tipikal sekolah di aliran perdana terhadap keterlibatan akademik murid. Sampel kajian merupakan 46 orang guru yang mengajar murid dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan sekolah menengah aliran perdana yang menawarkan program pendidikan khas integrasi (masalah penglihatan) di sekitar Lembah Klang. Instrumen kajian merupakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas sampel guru. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, perspektif guru terhadap keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan adalah sederhana. Guru resos di aliran perdana menunjukkan perspektif yang lebih positif tentang keterlibatan akademik murid berbanding guru tipikal dan guru di sekolah pendidikan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepentingan peranan guru dalam meningkatkan keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan di bilik darjah.
  • Keywords
    pendidikan khas , GURU , guru resos , Keterlibatan akademik , murid dengan ketidakupayaan penglihatan
  • Journal title
    Astroparticle Physics
  • Serial Year
    2014
  • Record number

    2402856