Title of article :
Persepsi Pelajar terhadap Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dalam Pembentukan Sahsiah Muslim (Students’ Perception Towards the Islamic Education Curriculum at Polytechnics in the Formation of the Muslim Character)
Author/Authors :
AHMAD، LUKMAN HAKIMI نويسنده ,
Issue Information :
دوفصلنامه با شماره پیاپی سال 2014
Pages :
8
From page :
133
To page :
140
Abstract :
Pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk manusia yang kompeten sama ada dari segi rohani mahupun jasmani bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah kurikulum Pendidikan Islam di politeknik dapat membentuk sahsiah muslim dalam kalangan pelajar mereka mengikut persepsi para pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar politeknik di Pantai Timur semenanjung, iaitu seramai 412 orang. Data dianalisis dengan mengambil kira kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik berkesan dalam membentuk sahsiah muslim pelajar mereka dengan nilai minnya ialah 4.51, iaitu berada pada tahap yang sangat baik. Para pelajar di politeknik juga berpendapat sedemikian, iaitu bab-bab yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Islam adalah sesuai untuk membentuk sahsiah muslim ke dalam diri mereka. Hal ini dibuktikan dengan nilai minnya ialah 4.41, iaitu berada pada tahap yang sangat baik juga. Kesimpulannya, Kurikulum Pendidikan Islam di politeknik adalah berkesan dalam membentuk sahsiah muslim pelajar mereka.
Keywords :
pembentukan sahsiah muslim , politeknik , Persepsi pelajar , kurikulum Pendidikan Islam
Journal title :
Astroparticle Physics
Serial Year :
2014
Record number :
2402859
Link To Document :
بازگشت