Title of article :
MASALAH PLAGIARISME DAN AMALAN PENGGUNAAN TURNITIN DALAM KALANGAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Author/Authors :
talib, noraini universiti kebangsaan malaysia, Malaysia
Abstract :
Plagiarisme dalam kalangan pelajar-pelajar siswazah dikaji dari sudut domain pembelajaran dan tingkah laku mereka semasa menggunakan perisian Turnitin. Kajian kes telah digunakan dengan menemu bual 40 orang pelajar siswazah dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Temu bual yang dijalankan menggunakan protokol tidak berstruktur namun bersandarkan kepada domain-domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Dapatan kajian mendapati penulisan akademik yang asli memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi, pengetahuan yang jelas tentang maksud plagiarisme dan kesedaran integriti akademik dalam kalangan pelajar. Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar pembinaan modul pengajaran berkaitan penulisan akademik dibina menggunakan panduan daripada dapatan yang diperoleh iaitu keterangan tingkah laku pelajar bagi setiap domain pembelajaran sebagai pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan kemahiran penulisan mereka.
Keywords :
plagiarisme , Turnitin , pengajaran dan pembelajaran , kemahiran berfikir kritis
Journal title :
ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
Journal title :
ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education