Title of article :
Hubungan di antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan Pencapaian Matematik(The Relationship between Study Orientation in Mathematics (SOM) and Mathematic Achievement)
Author/Authors :
Veloo, Arsaythamby Universiti Utara Malaysia - College ofArts and Sciences (CAS), Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara OrientasiPembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian inijuga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramalterbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajartingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buahsekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah. Ujian aneka pilihan matematikmengandungi 40 item yang terdiri daripada lima item (12.50%) bagi bidang Nombor,sembilan item (22.50%) bidang Bentuk dan 26 item (65%) bidang Perkaitan. Manakalasoal selidik OPM terdiri daripada lima pemboleh ubah iaitu sikap pembelajaran,kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaranpembelajaran matematik yang mengandungi 72 item. Bagi ujian kesignifikan, ujiankorelasi dan regresi berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan sikap, tabiat,tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik mempunyaihubungan yang positif manakala kebimbangan matematik mempunyai hubungan yangnegatif dengan pencapaian matematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawasikap dalam mempelajari Matematik merupakan peramal terbaik bagi pencapaianmatematik. Model ARoS dicadangkan bagi menekan betapa pentingnya pendidik menilaiatribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar yang secara tidaklangsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itualat ukur OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk menilai atributafektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan kognitif pelajar dalam pembelajaranmatematik
Keywords :
study orientation in mathematics , learning attitude , mathematics anxiety , learning habit , problem solving behaviour and study milieu , mathematic achievement
Journal title :
Asia Pacific Journal of Educators and Education
Journal title :
Asia Pacific Journal of Educators and Education