Author/Authors :
Wan Ibrahim, Wan Noorhayati Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian BioSains dan Bioteknologi, Malaysia , Abu Bakar, Farah Diba Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian BioSains dan Bioteknologi, Malaysia , Mahadi, Nor Muhammad Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian BioSains dan Bioteknologi, Malaysia , Abdul Murad, Abdul Munir Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian BioSains dan Bioteknologi, Malaysia
Abstract :
Kebolehupayaan Candida albicans pencilan klinikal tempatan untuk beradaptasi dan memberi tindakbalas terhadap tekanan oksidatif telah dikaji dalam penyelidikan ini. Perlakuan dengan hidrogen peroksida (H2O2) terhadap C. albicans mendedahkan sel kepada tekanan oksidatif dan memberi kesan terhadap kadar pertumbuhan patogen oportunis ini. Kadar pertumbuhan C. albicans dalam media Yis Pepton Dektrosa (YPD) dengan kehadiran 4.0 mM H2O2 telah memberi masa generasi 51 min/generasi, berbanding 44 min/generasi pada kepekatan 0.4 mM dan tanpa perlakuan dengan H2O2. Untuk mengkaji tahap kerintangan sel terhadap tekanan oksidatif, sel telah didedahkan kepada beberapa siri kepekatan H2O2 yang berbeza. Data menunjukkan peratus kemandirian sel berbanding kawalan menurun berkadar dengan peningkatan tekanan yang diberi. Ini membuktikan sel mempunyai tahap kerintangan tertentu terhadap tekanan oksidatif. Untuk mengenalpasti sama ada sistem pertahanan aruhan hadir di dalam C. albicans pencilan ini, sel telah didedahkan dengan kepekatan H2O2 yang rendah selama satu jam sebelum didedahkan kepada tekanan yang lebih tinggi. Didapati peratus kemandirian untuk sel yang menerima perlakuan dengan tekanan oksidatif lemah meningkat berbanding sel yang tidak menerima perlakuan awal. Ini menunjukkan bahawa mekanisme pertahanan aruhan untuk menghadapi tekanan oksidatif hadir di dalam C. albicans. Untuk mengenalpasti sama ada tekanan oksidatif mampu mengaruh morfogenesis yis menjadi hifa, sel telah didedahkan kepada 0.4 mM H2O2 pada suhu 37ºC dan jumlah hifa yang terbentuk dikira dan dibandingkan dengan pembentukan hifa apabila sel didedahkan pada suhu 37 ºC sahaja. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa tekanan oksidatif tidak memainkan peranan penting untuk mengaruh morfogenesis yis menjadi hifa dalam strain C. albicans pencilan klinikal tempatan ini