• Title of article

    Kesan Pendedahan Logam Ni, Fe dan Mn Terhadap Pertumbuhan Anabaena Flos-Aquae dalam Kultur Statik (Effects of Ni, Fe and Mn Exposures Towards the Growth of Anabaena floss-aquae in the Batchculture)

  • Author/Authors

    Jusoh, Khairiah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Ismail, Mohd. Fahmi Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Yusof, Shaanaz Mohd. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Risman, Tunisah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Idris, Mushrifah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , Sidik, Nik Marzuki Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian BioSains dan Bioteknologi, Malaysia , Razali, Ahmad Mahir Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia , Lee, Yook Heng

  • From page
    185
  • To page
    188
  • Abstract
    Tujuan utama kajian ini ialah untuk meneliti kesan pendedahan logam-logam berat seperti Ni, Fe dan Mn terhadap pertumbuhan Anabaena flos-aquae iaitu sejenis sianobakteria yang biasa ditemui di kawasan air tawar. Hasil kajian di makmal menunjukkan bahawa pendedahan logam Ni ke atas A. flos-aquae adalah paling toksik berbanding dengan Fe dan Mn. Nilai LC50 96 jam untuk Ni ialah 0.321 mg/mL (kira-kira 30% perencatan). Manakala Mn adalah yang kedua toksik diikuti dengan Fe dengan nilai LC50 96 jam masing-masing ialah 0.684 mg/mL dan 3.020 mg/mL. Kajian ini membuktikan bahawa walaupun Fe dan Mn adalah mikronutrien yang perlu untuk kebanyakan sianobakteria tetapi dalam kepekatan yang terlalu tinggi, ia boleh mengakibatkan kesan ketoksikan. Perbezaan nilai ketoksikan antara Fe dan Mn terhadap A. flos-aquae adalah sebanyak lima kali dan ini menunjukkan bahawasianobakteriaini adalah lebih toleran kepada Fe berbanding Mn
  • Keywords
    Sianobakteria , logam berat , pertumbuhan , kesan ketoksikan , peratus perencatan
  • Record number

    2554585