Title of article :
Content Determination and Health Risk Assessment of Polycyclic Aromatic Hydrocarbon in Fish Tissue Samples from Perhentian Island, Malaysia
Author/Authors :
TIEN, SIM KHAY Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , HENG, LEE YOOK Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia , ABD. GHAFFAR, MAZLAN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , ZAKARIA, MOHD. PAUZI Universiti Putra Malaysia - Jabatan Alam Sekitar, Malaysia , SURIF, SALMIJAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber, Malaysia
Abstract :
Kandungan hidrokarbon polisiklik aromatik (PAH) dalam tiga spesies ikan yang berbeza tabiat pemakanan dan habitat,iaitu Lolong (Selar boops), Kerisi (Nemipterus peronii) dan Mengkarong (Trachinocephalus myops) dari luar pantaiPulau Perhentian, Malaysia ditentukan. Tiga individu daripada setiap spesies dipilih secara rawak dan kandungan 10sebatian PAH diukur, iaitu fenantrena, antrasena, fluorantena, pirena, benzo(a)anthracene benzo(a)antrasena, krisena,benzo(a)fluorantena, benzo(k)fluorantena, benzo(e)pirena dan dibenzo(a,h)antrasena dalam otot ikan ditentukan.Pengekstrakan PAH menggunakan kaedah Soxhlet dan kandungannya diukur dengan kromatografi gas - spektrometrijisim (GC-MS). Jumlah PAH dalam tisu ikan yang dikaji adalah pada julat 17.89 – 42.18 ng/g berat basah dan 393.98– 511.07 ng/g mengikut berat lipid. Kandungan PAH dalam tisu jenis ikan menurut berat basah adalah Mengkarong(42.18 ng/g) Lolong (25.61 ng/g) Kerisi (17.89 ng/g), sementara menurut berat lipid ialah Kerisi (511.07 ng/g) Mengkarong (409.50 ng/g) Lolong (393.98 ng/g). Otot Kerisi mengandungi kandungan lipid paling sedikit, iaitu 3.5 %berbanding dengan Lolong (6.5 %) dan Mengkarong (10.3 %). Tidak ada penumpukan PAH yang jelas dalam lipid tisuikan (kolerasi Pearson, p 0.05) dan ketiga-tiga spesies ikan tidak menunjukkan kandungan PAH yang berbeza (ANOVA,p 0.05). Berdasarkan kadar pengambilan ikan pada 142.2 g/hari, pengiraan kepekatan potensi setara (PEC), iaitu nilaipotensi karsinogenisiti sebatian PAH, ketiga-tiga spesies ikan adalah pada julat 0.41 – 0.63 ng/g berat basah. Nilai inilebih rendah daripada nilai garis panduan yang ditetapkan oleh USEPA, iaitu 0.67 ng/g berat basah.
Keywords :
Hidrokarbon polisiklik aromatic , kepekatan potensi setara , penilaian risiko , tisu ikan