Title of article :
Kesan Penambahan Kalsium Karbonat dan Sukrosa ke Atas Ciri Ekstrak Roselle Menggunakan Kaedah Respon Permukaan (Effect of Calcium Carbonate and Sucrose Addition on the Properties of Roselle Extract Using Response Surface Methodology)
Author/Authors :
Wan Abdullah, Wan Zawiah Universiti Malaysia Terengganu - Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan - Jabatan Agroteknologi, Malaysia , Yahaya, Md Zaidi Universiti Malaysia Terengganu - Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan - Jabatan Sains Makanan, Malaysia , Maskat, Mohamad Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia
From page :
411
To page :
418
Abstract :
Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan penambahan kalsium karbonat (CaCO3) dan sukrosa ke atas ekstrak roselle dengan menggunakan Kaedah Respon Permukaan. Sebanyak 21 perlakuan digunakan berdasarkan reka bentuk eksperimen Central Composite Rotatable Design (CCRD). Penentuan nilai pH dan Briks telah dijalankan. Bagi nilai pH, model yang didapati adalah 4.03+0.39x1-8.20x2-0.05x12-4.16x22-0.02x1x2 dengan nilai x1 adalah kalsium karbonat dan nilai x2 adalah sukrosa. Nilai positif pada kepekatan kalsium menunjukkan penambahan kalsium meningkatkan nilai pH ekstrak roselle. Model untuk Briks adalah 8.91 + 0.23x1 + 2.20x2. Nilai positif pada kepekatan kalsium dan sukrosa menunjukkan penambahan kalsium dan sukrosa meningkatkan nilai Briks ekstrak roselle. Penilaian sensori dengan menggunakan panel terlatih (n=8) menunjukkan penambahan sukrosa meningkatkan penerimaan keseluruhan terhadap ekstrak Roselle. Manakala, kesan penambahan kalsium karbonat telah mengurangkan penerimaan keseluruhan kerana ia merendahkan rasa masam
Keywords :
Kaedah respon permukaan , kalsium karbonat , roselle , sukrosa
Record number :
2555379
Link To Document :
بازگشت