Title of article
Aliran Genangan bagi Bendalir Mikrokutub terhadap Permukaan Mencancang yang Telap dengan Fluks Haba Boleh Ubah
Author/Authors
WAN ZAIMI, W.M.K.A. Universiti Malaysia Perlis - Institut Matematik Kejuruteraan, Malaysia , ISHAK, ANUAR Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia
From page
1263
To page
1270
Abstract
Dalam makalah ini, masalah aliran genangan dalam bendalir mikrokutub terhadap permukaan mencancang yang telap dengan fluks haba boleh ubah dipertimbangkan. Dengan menggunakan penjelmaan keserupaan, persamaan asas yang menakluk aliran bendalir dan pemindahan haba dijelmakan kepada satu set persamaan perbezaan biasa. Persamaan yang dijelmakan tertakluk kepada syarat-syarat sempadan yang berkaitan kemudiannya diselesaikan secara berangka menggunakan kaedah tembakan. Kesan parameter sedutan/semburan fw ke atas profil halaju dan suhu serta pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat diperoleh dan dibincangkan. Keputusan berangka menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud dalam kedua-dua aliran membantu dan aliran menentang
Keywords
Aliran genangan , bendalir mikrokutub , mekanik bendalir , penyelesaian dual , sedutan , semburan
Record number
2555491
Link To Document