Title of article :
Morfologi Struktur Halus Organ Deria-elektro (Ampullae of Lorenzini) Ikan Yu Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum
Author/Authors :
NOR-FAZILLA, M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , SAMAT, A. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia , MAZLAN, A.G. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran Sumber Alam, Malaysia
From page :
737
To page :
742
Abstract :
Satu penyelidikan telah dijalankan untuk mengesan struktur halus organ deria-elektro (Ampullae of Lorenzini) pada Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum. Organ ini amat peka terhadap beberapa bentuk rangsangan terutamanya untuk mengesan kedudukan mangsa, penentuan arah dan mengawan. Di dalam makmal, suatu bahagian organ deria ini dipisahkan daripada lapisan dermis kepala ikan yu. Pemerhatian dan pengambilan imej struktur organ deria telah dibuat menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM). Imej-imej yang diperoleh jelas menunjukkan organ deria pada Carcharhinus melanopterus, C. limbatus dan Chiloscyllium griseum berbentuk ampulari terkumpul di dalam kluster. Saluran-saluran deria yang menghubungkan ampula dengan pori didapati mempunyai orientasi panjang dan susunan yang berbeza-beza pada spesies yang berlainan.
Keywords :
Ampula , ikan yu , struktur organ deria
Record number :
2555661
Link To Document :
بازگشت