Title of article :
Penghasilan Poliol Minyak Sawit Olein Secara Hidrolisis Selanjar dan Berkelompok
Author/Authors :
DERAWI, DARFIZZI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , SALIMON, JUMAT Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia
Abstract :
Sebatian poliol minyak sawit olein (di-hidroksi-PO o) (70% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPO o) secara hidrolisis selanjar dan berkelompok. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (97.2%) bagi kedua-dua tindak balas selama 90 min (tindak balas selanjar) dan 75 min (tindak balas berkelompok) dengan menggunakan mangkin asid perklorik 3% v/wt. Spektrum transformasi Fourier inframerah (FTIR) di-hidroksi-PO o menunjukkan kehadiran puncak lebar getaran regangan kumpulan hidroksil pada nombor gelombang 3429 cm^-1, menunjukkan sebatian poliol telah berjaya dihasilkan. Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13 C-NMR) di-hidroksi-PO o telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (74.5 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-proton (1 H-NMR) di-hidroksi-POo telah menunjukkan kehadiran puncak proton yang terikat pada karbon poliol (3.4 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.6 ppm). Kelikatan kinematik produk poliol (nilai hidroksil sebanyak 110.7 mgKOH/g minyak) adalah 1435.2 cSt (40°C) dan 55.2 cSt (100°C) dengan indeks kelikatan 78.
Keywords :
hidrolisis , minyak sawit olein terepoksida , poliol minyak sawit olein