Title of article
Pencirian Keseragaman Campuran dan Sifat Reologi Serbuk Alumina-Zirkonia untuk Pengacuan Suntikan Seramik
Author/Authors
ANI, SARIZAL MD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Malaysia , MUCHTAR, ANDANASTUTI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Malaysia , MUHAMAD, NORHAMIDI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Malaysia , GHANI, JAHARAH A. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Malaysia
From page
1311
To page
1317
Abstract
Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi bahan suapan merupakan elemen penting dalam melaksanakan proses pengacuan suntikan seramik. Kesesuaian bahan suapan yang dibangunkan dapat mengurangkan masalah yang timbul ketika proses pengacuan suntikan, penyahikatan dan pensinteran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum berdasarkan kepada keseragaman campuran dan sifat reologi bahan. Pencirian keseragaman campuran ditentukan berdasarkan kepada nilai tork yang rendah dan berkeadaan mantap. Kajian reologi pula dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut. Ujian dijalankan pada julat suhu 150 dan 170°C dengan beban kenaan antara 20 dan 90 kgf. Bahan suapan yang digunakan terdiri daripada kombinasi serbuk seramik alumina-zirkonia bersama bahan pengikat polietilena berketumpatan tinggi, lilin parafin dan asid stearik. Hasil kajian menunjukkan bahan suapan bersifat pseudoplastik dengan pencampuran bahan yang seragam dalam tempoh kurang daripada 30 min. Hasil keputusan juga mendapati pada pembebanan serbuk 57% isi padu adalah yang paling optimum untuk proses pengacuan suntikan seramik berdasarkan kepada nilai kelikatan, indeks hukum kuasa dan tenaga pengaktifan aliran yang rendah.
Keywords
Alumina , zirkonia , keseragaman campuran , pengacuan suntikan seramik , sifat reologi
Record number
2555730
Link To Document