Title of article :
Komposisi Proksimat dan Komponen Asid Lemak Durian Kuning (Durio graveolens) Sabah
Author/Authors :
NASARUDDIN, MOHD HANIF Universiti Malaysia Sabah - Sekolah Sains Makanan Pemakanan - Program Teknologi Makanan Bioproses, Malaysia , MOHD NOOR, NOOR QHAIRUL IZZREEN Universiti Malaysia Sabah - Sekolah Sains Makanan Pemakanan - Program Teknologi Makanan Bioproses, Malaysia , MAMAT, HASMADI Universiti Malaysia Sabah - Sekolah Sains Makanan Pemakanan - Program Teknologi Makanan Bioproses, Malaysia
From page :
1283
To page :
1288
Abstract :
Kajian ini dijalankan untuk menentukan komposisi proksimat dan juga kandungan asid lemak durian kuning (Durio graveolens Becc.) Sabah. Kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serat kasar, karbohidrat dan asid lemak telah ditentukan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan durian kuning Sabah mempunyai kandungan lembapan sebanyak 66.5%, protein 3.1%, lemak 5.5%, abu 1.1%, serat kasar 3.7% dan 20.2% karbohidrat. Sebanyak 13 komponen asid lemak telah dikenal pasti dengan peratusan asid lemak tepu adalah lebih rendah (30.3%) berbanding asid lemak tidak tepu (69.7%). Peratusan asid lemak tepu yang paling tinggi adalah asid miristik (14.5%) manakala asid laurik adalah terendah (1.3%). Untuk asid lemak tidak tepu pula, asid oleik paling tinggi (22.2%) manakala asid lemak miristoleik paling rendah (1.9%).
Keywords :
Durian kuning Sabah , komposisi asid lemak , proksimat analisis
Record number :
2555735
Link To Document :
بازگشت