Title of article :
Penghasilan Estolida Berasaskan Asid Risinoleik-Oleik Menggunakan Mangkin Asid Polihetero
Author/Authors :
MOHAMAD NORDIN, NOR ASIKIN Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur - Program Pengajian Diploma, UTMSPACE, Malaysia , NADZRI, AINOL HAYAH AHMAD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , FARHANA, NADIA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , SALIMON, JUMAT Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , YARMO, MOHD AMBAR Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia
From page :
1655
To page :
1661
Abstract :
Kajian mengenai penghasilan estolida berasaskan kepada asid risinoleik dan asid oleik telah dilakukan. Asid polihetero, asid 12-fosfotungstik dan asid silikotungstik telah digunakan sebagai mangkin dan tindak balas dilakukan pada suhu 60 atau 90°C, selama 10 atau 24 jam. Nisbah mol antara asid risinoleik dan asid oleik ialah 2:1 dan peratus berat mangkin terhadap reaktan adalah 5%. Spektrum FTIR produk estolida telah dibandingkan dengan produk tindak balas yang menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Pembentukan estolida ditunjukkan dengan kehadiran tiga puncak baru pada 1733 cm-1 untuk kumpulan berfungsi C=O ester, 967 cm-1 untuk -CH=CH- trans dan 1177 cm-1 untuk C-O-C. Spektrum FTIR yang serupa juga telah diperoleh untuk produk menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Analisis LC-MS menunjukkan terbentuk tiga puncak baru monoestolida pada masa penahanan (Rt) 8.6 (m/z 577), 10.2 (m/z 559) dan 12.1 minit (m/z 561). Hasil kajian menunjukkan tindak balas kondensasi antara oleik-risinoleik dengan menggunakan asid perklorik, pepejal asid silikotungstik dan asid fosfotungstik sebagai mangkin berjaya menghasilkan estolida masing-masing dengan peratus hasil 70.2, 70.0 dan 60.8%.
Keywords :
Asid oleic , asid risinoleik , estolida , tindak balas kondensasi
Record number :
2555787
Link To Document :
بازگشت