• Title of article

    Analisa Jurang Pelaksanaan Amalan 5SKajian Kes Jabatan Pentadbiran Di Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Author/Authors

    Asaad, Mohd Norhasni Mohd Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Malaysia , Yusoff, Rushami Zien Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Malaysia , Sanuri, Sany Universiti Utara Malaysia - Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Malaysia

  • From page
    141
  • To page
    159
  • Abstract
    Globalisasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, krisisekonomi yang tinggi adalah faktor yang paling kritikal yang mempengaruhikejayaan syarikat-syarikat pembuatan di pasaran global. Seiring denganpengembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbirandan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merancang langkahlangkahtransformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahappenyampaian perkhidmatan. Terdapat usaha-usaha untuk memantapkanpengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5S(Sisih, Susun, SapuSeragam dan Sentiasa Amal).Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan didalam industri telah membuktikan amalan 5S membantu meningkatkan prestasinamun masih sedikit kajian amalan 5S yang dijalankan terhadap sektorperkhidmatan awam. Hasil kajian terdahulu mendapati terdapat organisasiyang berjaya melaksanakan 5S dan tidak kurang juga yang mengalamikegagalan. Oleh sebab itu kajian ini memberi fokus terhadap jurangpelaksanaan 5S di jabatan-jabatan pentadbiran UUM. Sebanyak 61 buahjabatan pentadbiran UUM terlibat dalam penilaian amalan 5S. Hasil kajianmenunjukkan tahap pelaksanaan amalan 5S di UUM melebihi tahapsederhana dan menjurus kepada tahap yang baik. Kebanyakan jabatan diUUM memperoleh pengiktirafan dua hinggatiga bintang. Hanya sebuahjabatan yang telah mencapai pengiktirafan lima bintang. Amalan 5S di UUMboleh dipertingkatkan dengan memberi penekanan kepada kategoripembudayaan dan kategori inovasi penambahbaikan berterusan.
  • Keywords
    5S , prestasi organisasi , budaya organisasi , inovasi
  • Journal title
    International Journal of Business and Technopreneurship
  • Journal title
    International Journal of Business and Technopreneurship
  • Record number

    2561926