Title of article :
Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi Terhadap Keperluan Elemen Keusahawanan Bagi Pensyarah Kejuruteraan Politeknik Malaysia
Author/Authors :
Jamil, Mohd Ridhuan Mohd university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Siraj, Saedah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Yusof, Farazila university of malaya - Fakulti Kejuruteraan, Malaysia , Mat Noh, Nurulrabihah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Hussin, Zaharah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Sapar, Ahmad Arifin university of malaya - Fakulti Bahasa Linguistik, Malaysia
From page :
135
To page :
150
Abstract :
Keusahawanan adalah suatu bidang yang amat ditekan di dalam sistem pendidikan dan ia adalah suatu elemen asas yang diperlukan di dalam pembangunan modal insan. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pandangan dan kesepakatan pakar terhadap keperluan elemen asas keusahawanan terhadap pensyarah kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik yang akan diberikan kepada pakar. Bilangan pakar yang terlibat adalah seramai 12 orang. Terdapat dua kriteria di dalam penentuan pakar, iaitu para pakar ini terdiri daripada pensyarah kejuruteraan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun dan pernah terlibat secara langsung dengan pengajaran kursus projek akhir pelajar. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua elemen keusahawanan yang terdiri daripada asas keusahawanan, asas motivasi dan asas perniagaan menepati syarat, iaitu nilai threshold (dkonstruk) adalah kurang daripada 0.2 dan peratusan kumpulan pakar adalah melebihi 75%. Hal ini menunjukkan bahawa elemen asas keusahawan dan kesemua item-item yang terkandung didalamnya adalah diperlukan oleh para pensyarah kejuruteraan politeknik berdasarkan kesepakatan pakar.
Keywords :
pendidikan , keusahawanan , kejuruteraan , modal insan , teknik Fuzzy Delphi
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Journal title :
International Journal of Business and Technopreneurship
Record number :
2561961
Link To Document :
بازگشت