Title of article :
Interpolasi Data Tersebar Yang Mengekalkan Kepositifan Menggunakan Tampalan Segi Tiga Ball
Author/Authors :
Jamil, Siti Jasmida Universiti Malaysia Perlis - Institut Matematik Kejuruteraan, Malaysia , Piah, Abd. Rahni Mt. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia
Abstract :
Pembinaan satu penginterpolasi C^1 pada data tersebar dipertimbangkan dalam kertas kerja ini dengan penginterpolasinya adalah positif di mana-mana saja jika data asalnya positif. Kajian ini didorong oleh kerja pengarang kedua yang terdahulu, Piah et al. [8] yang telah menghasilkan syarat cukup pada titik B´ezier untuk memastikan permukaan yang mengandungi tampalan segi tiga Bézier kubik adalah sentiasa positif. Dalam kertas kerja ini, syarat mudah dan lebih kendur yang setara telah diterbitkan pada titik-titik Ball. Kecerunan pada tapak data seterusnya akan dikira bagi memastikan syarat-syarat kepositifan dipenuhi. Setiap tampalan segi tiga bagi permukaan interpolasi dibentuk sebagai gabungan cembung tiga tampalan segi tiga Ball kubik. Pembinaannya adalah setempat.
Keywords :
Data tersebar , penyegitigaan , interpolasi , kepositifan , permukaan
Journal title :
Matematika
Journal title :
Matematika