Title of article :
Penjelmaan Box-Cox dan Penggunaannya dalam Analisis Frekuensi Banjir
Author/Authors :
Shabri, Ani Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Sains - Jabatan Matematik, Malaysia
From page :
259
To page :
268
Abstract :
Dalam kertas ini, tiga kaedah digunakan untuk menganggar parameter Box-Cox bagi menjelmakan data kepada taburan normal. Kaedah yang dicadangkan adalah berdasarkan parameter yang dapat mengoptimumkan pengujian statstik Anderson Darling, Shipro Wilk dan min ralat kuasa dua. Kesesuaian kaedah ini digabungkan dengan taburan normal dinilai dan dibandingkan dengan taburan yang begitu popular dalam analisis frekuensi banjir iaitu taburan General Extreme Value (GEV). Keupayaan taburan ini dinilai menggunakan data aliran tahunan banjir di seluruh stesen di Johor. Analisis kajian menunjukkan taburan nomal setelah data dinormalkan menggunakan parameter Box-Cox memberikan kesesuaian yang sebaik dan setanding dengan taburan GEV dan ianya dicadangkan sesuai digunakan untuk kajian selanjutnya.
Keywords :
Penjelmaan Box , Cox , analisis frekuensi banjir , pengujian statstik , Lmomen
Journal title :
Matematika
Journal title :
Matematika
Record number :
2569851
Link To Document :
بازگشت