Title of article :
Pengujian Kesahihan Pemadanan untuk Taburan Nilai Ekstrim Jenis I
Author/Authors :
Shabri, Ani Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Sains, Malaysia , Jemain, Abdul Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Malaysia
From page :
53
To page :
66
Abstract :
Kajian ini cuba menyelidik sifat-sifat pengujian kesahihan pemadanan statistik Kolmogorov-Smirnov (KS), Cramer-vonMises (CM), Anderson-Darling (AD),Watson (W) dan pekali korelasi (R) bagi taburan Nilai Ekstrim Jenis-1 (EV1). Parameter taburan EV1 dianggarkan menggunakan kaedah L-momen (LMOM), momen (MOM) dan kuasa dua terkecil (KDT). Untuk setiap pengujian statistik, teknik Monte-Carlo digunakan untuk menjana nilai kritikal untuk sampel bersaiz 5(5)50 dan 50(10)100. Kekuatan pengujian kesesuaian statistik dikaji menggunakan taburan General Extreme Value (GEV). Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah kuasa dua terkecil dengan simetri tertib memberikan hasil yang lebih baik berbanding kaedah L-momen dan momen. Kajian ini menunjukkan statistik AD lebih berupaya berbanding pengujian statistik yang lain dan dicadangkan digunakan dalam kajian selanjutnya.
Keywords :
Kolmogorov , Smirnov (K , S) , Cramer , vonMises (C , M) , Anderson , Darling , Watson (W) dan pekali korelasi (R) , Extreme , Value Jenis , 1 , L , Momen
Journal title :
Matematika
Journal title :
Matematika
Record number :
2569859
Link To Document :
بازگشت