Title of article :
Persepsi Khalayak Terhadap Isu-Isu Pendidikan Sastera Perpaduan
Author/Authors :
Chew, Fong Peng university of malaya - Fakulti Pendidikan - Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Malaysia
From page :
3
To page :
25
Abstract :
Rusuhan kaum 13 Mei, 1969 di Malaysia memberi pertanda kepada kita bahawa hubungan etnik di negara ini adalah rapuh. Untuk menanam sikap kesatuan dan perpaduan, banyak dasar kerajaan telah dilaksanakan. Sehubungan itu, pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Melayu telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan. Maka, satu kajian empirikal dengan menggunakan Teori Latar Belakang Sosial telah dijalankan. Ia melibatkan 1,600 orang pelajar Tingkatan IV, Tingkatan VI, mahasiswa dan guru siswazah dalam pengajian Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan 66.48% responden menyokong saranan mengajar sastera perpaduan di institusi pendidikan. Setelah dianalisis, adalah didapati wanita Melayu yang berstatus sosio-ekonomi tinggi lebih banyak menyokong cadangan itu berbanding kumpulan orang bukan Melayu lelaki daripada status sosio-ekonomi yang rendah. Kajian ini juga memberi saranan bagaimana menjadikan pendidikan perpaduan itu lebih berkesan menerusi kesusasteraan Melayu
Keywords :
Sastera Melayu , perpaduan negara , hubungan etnik
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number :
2570698
Link To Document :
بازگشت