Author/Authors :
Zain Bin Musa, Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan - Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Malaysia
Abstract :
Masyarakat Cam adalah komponen dalam kependudukan kerajaan Campa yang disahkan telah wujud sejak tahun 192 hingga 1835. Sepanjang sejarahnya, mereka mencari perlindungan di negara jiran seperti Kemboja. Rencana ini membincangkan faktor penghijrahan mereka sejak abad ke 10 Masihi sehingga hari ini dan juga menghuraikan bagaimana mereka menempatkan diri di Kemboja, Vietnam, Laos, Malaysia, Australia, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya, dan bagaimana mereka menjalin hubungan sesama mereka di peringkat antarabangsa