Title of article
Official State Records: A Minefield for Studying Pre-1957 Malay Women
Author/Authors
Musa, Mahani Universiti Sains Malaysia - School of Humanities, Malaysia
From page
171
To page
188
Abstract
Di Asia Tenggara, kajian tentang wanita dalam sejarah adalah fenomena terkini. Kekurangan dokumen asli dikatakan menjadi punca mengapa tidak banyak penyelidikan tentang sejarah wanita dilakukan. Takrif sejarah kebangsaan juga adakalanya meminggirkan kaum wanita manakala peranan golongan ini dalam aspek sosioekonomi dan politik pula dilihat hanya sebagai tambahan kepada sumbangan kaum lelaki. Di Malaysia, fokus kajian wanita juga amat terhad. Berbanding wanita Cina, kajian tentang penglibatan wanita Melayu dalam politik lebih diminati disebabkan sumber lebih mudah diperoleh, manakala amat sedikit diketahui tentang penglibatan kelompok ini dalam aspek sosioekonomi. Kedah, dalam hal ini, mampu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang peranan wanita Melayu di negeri itu dalam pembangunan ekonomi menerusi pelbagai dokumen asli seperti rekod-rekod Pejabat Setem, Pejabat Tanah, Setiausaha Kerajaan Negeri, laporan tahunan pentadbiran, pendidikan dan perubatan, dan juga Undang-Undang Kedah 1893
Keywords
Penyelidikan , wanita , Kedah , dokumen asli
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number
2570708
Link To Document