Title of article :
Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari Segi Epistemologi : Ulasan
Author/Authors :
LEE, YOK FEE Universiti Putra Malaysia - Fakulti Ekologi Manusia - Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Malaysia
Abstract :
Kajian identiti semakin penting kepada negara berbilang kaum, termasuk Malaysia, yang tengah menjalankan projek pembinaan bangsa. Di sini bagaimana orang Cina mengidentifikasikan diri mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan Malaysia kerana besar bilangan mereka dalam komposisi penduduk negara ini. Sehubungan itu, banyak kajian tentang identiti orang Cina telah dilakukan sejak pengajian tentang identiti menjadi aliran di dunia akademik sains sosial Malaysia sejak 1980-an. Tujuan tulisan ini adalah meninjau dan mengulas kajian lepas tentang identiti orang Cina di Malaysia dengan menggunakan konsep epistemologi dengan metodologinya membahagikan mereka kepada kategori mengikut sifat pengetahuan. Kebanyakan kajian itu menganalisis perubahan dan pembentukan identiti orang Cina berdasarkan perubahan tahap pembangunan sosial di Malaysia. Dua kategori tulisan itu telah diidentifikasi dan dibezakan kepada jenis pengetahuan “author-oriented” dan “actor-oriented”
Keywords :
Ontologi , epistemologi , metodologi , identiti Cina , pembinaan bangsa
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)