Title of article
Keberkesanan Antibiotik Titisan Mata Neomycin, Gentamycin Ciprofloxacin Terhadap Sista Acanthamoeba spp.
Author/Authors
Abdullah, Noradilah Samseh Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Malaysia , Abd Ghani, Mohamed Kamel Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Malaysia , Nordin, Anisah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia , Suboh, Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia , Rahim, Noraina Ab. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Perubatan, Malaysia
From page
39
To page
46
Abstract
Keratitis Acanthamoeba merupakan masalah okular yang serius dan boleh mengakibatkan but a jika tidak dirawat. Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan antibiotik titisan mata terhadap lapan isolat sista Acanthamoeba spp., empat daripada isolat klinikal dan empat lagi daripada isolat persekitaran. Tiga antibiotik titisan mata (neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin) yang terdapat di pasaran dalam bentuk sedia guna telah diuji. Suspensi sista daripada kelapan-lapan isolat diuji dengan antibiotik titisan mata masing-masing. Selepas tempoh inkubasi selama 48 jam, larutan dituras dan membran turasan diletakkan ke atas agar bukan nutrien yang dilapisi E.coli. Plat agar diperiksa setiap hari hingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit Acanthamoeba di bawah mikroskop inverted. Ketiga- tiga antibiotik ujian iaitu neomycin, ciprofloxacin dan gentamicin didapati berkesan terhadap sista Acanthamoeba daripada semua strain kajian.
Keywords
Keratitis Acanthamoeba , Antibiotik Titisan Mata , Keberkesanan
Journal title
Malaysian Journal of Health Sciences
Journal title
Malaysian Journal of Health Sciences
Record number
2571502
Link To Document