Title of article :
Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
Author/Authors :
NASHARUDIN, NORFADHILAH Kementerian Pelajaran Malaysia Blok E8, Kompleks E - Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Malaysia , HARUN, HALIMAH Kementerian Pelajaran Malaysia - Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini adalah berujuan untuk mengenal pasti aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan. Soal selidik dengan skala Likert 5 markat telah diedarkan kepada 420 responden dari tiga buah IPTA iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan menunjukkan secara keseluruhannya pelajar IPTA masih belum berminat untuk menjadi usahawan walaupun lebih 80 peratus menunjukan sikap positif terhadap kerjaya usahawan. Walau bagaimanapun, pelajar IPTA mempunyai tahap ciri keusahawanan yang tinggi, kecuali ciri keusahawanan berani mengambil risiko. Antara faktor yang menyumbang kepada pemilihan kerjaya keusahawanan adalah orientasi keuntungan dan keinginan untuk mendapat kecemerlangan hidup. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya korelasi yang positif dan signifikan antara ciri keusahawanan, sikap terhadap kerjaya keusahawanan dan minat terhadap kerjaya keusahawanan. Kajian juga mendapati faktor bangsa, keluarga dan bidang pengajian pelajar menyumbang kepada pemilihan kerjaya keusahawanan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan sebagai panduan dalam usaha untuk mencetuskan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA. Untuk menjayakan hasrat tersebut, semua pihak termasuk pelajar, universiti, pensyarah, kementerian, ibu bapa dan masyarakat harus bertanggungjawab dalam menyedari dan meyakini kerjaya keusahawanan sebagai satu kerjaya yang boleh dijadikan satu peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Keywords :
Keusahawanan , kerjaya , pelajar IPTA , pendidikan perniagaan dan keusahawanan , pendidikan tinggi
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education