Title of article :
Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme
Author/Authors :
TORAN, HASNAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , MOHD. YASIN, MOHD. HANAFI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , TAHAR, MOHD. MOKHTAR Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , SALLEH, NORANI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang memberi impak terhadap kemampuan komunikasi dan interaksi penghidapnya. Statistik terkini menunjukkan peningkatan dalam prevalens autisme. Maka, keperluan terhadap guru pendidikan khas yang terlatih untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme turut meningkat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas tentang autisme. Kursus perguruan formal didapati kurang berkesan dalam melatih guru pendidikan khas untuk memahami dan mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Kualiti latihan dalam perkhidmatan bagi pendidikan autisme hanyalah pada tahap sederhana, tetapi lebih baik daripada latihan perguruan formal. Hal ini menyebabkan guru mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Namun, mereka berminat untuk menjalani kursus lanjutan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam mendidik kanak-kanak autisme. Oleh yang demikian, kursus perguruan formal pendidikan khas perlu ditambah baik melalui tambahan komponen tentang autisme. Guru pendidikan khas juga perlu diberi akses kepada latihan dalam perkhidmatan mengenai autisme kerana bidang pendidikan autisme sentiasa berkembang dan pelbagai strategi terkini telah dibuktikan berkesan melalui kajian saintifik. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan- kelemahan dalam kedua-dua jenis latihan perguruan ini dan cara-cara untuk meningkatkan kualiti kedua-duanya.
Keywords :
Autisme , latihan guru , pengetahuan guru , keyakinan guru , pendidikan khas
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education