Title of article :
Tahap Sebutan Huruf Konsonan Arab dalam Kalangan Murid Prasekolah
Author/Authors :
RAHIMI, NIK MOHD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , BAHARUDIN, HARUN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , MAHAMOD, ZAMRI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menilai sebutan konsonan dalam kalangan murid prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk Mengenal pasti tahap penguasaan sebutan huruf konsonan Arab dalam kalangan murid prasekolah dan Mengenal pasti kefasihan sebutan huruf konsonan Arab dalam kalangan murid prasekolah. Kajian ini dijalankan di lima buah tadika. Sampel yang terlibat dalam kajian ini seramai 108 orang murid yang berumur enam tahun. Data yang diperoleh melalui ujian sebutan huruf konsonan Arab berdasarkan kaedah al-Khalil. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 15 konsonan berada pada tahap fasih, 12 konsonan berada pada tahap sederhana fasih dan satu konsonan berada pada tahap tidak fasih. Oleh itu, huruf-huruf yang berada pada tahap sederhana fasih dan tidak fasih perlu diberi penekanan dalam latihan sebutan konsonan Arab.
Keywords :
Pembelajaran bahasa Arab , pemerolehan bahasa kedua , huruf konsonan Arab , murid prasekolah , sebutan bahasa Arab , kemahiran membaca
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education