Title of article :
Penilaian Pembelajaran Peserta Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan
Author/Authors :
MOIDUNNY, KAMARUZAMAN Kementerian Pelajaran Malaysia - InstitutAminuddin Baki, Malaysia , OTHMAN, NORASMAH Kementerian Pelajaran Malaysia - InstitutAminuddin Baki, Malaysia , ARIFFIN, SITI RAHAYAH Kementerian Pelajaran Malaysia - InstitutAminuddin Baki, Malaysia
Abstract :
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pencapaian pembelajaran bagi peserta Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) berdasarkan jantina dan kumpulan mereka. Penilaian pembelajaran melibatkan sembilan aspek iaitu pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan perhubungan luar. Skor ujian pencapaian digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan min dan MANOVA. Sejumlah 271 responden dilibatkan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian pembelajaran dalam pengurusan kurikulum bagi peserta lelaki dengan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian pembelajaran dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan perhubungan luar bagi kumpulan peserta siswazah dengan bukan siswazah. Implikasi kajian mencadangkan agar program latihan NPQH patut diteruskan. Walau bagaimanapun, usaha untuk menambah baik pencapaian pembelajaran perlu diperkuatkan agar dapat memenuhi keperluan bakal pengurus sekolah di Malaysia.
Keywords :
Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan , penilaian , pembelajaran , pengurusan , kepimpinan
Journal title :
Malaysian Journal of University Education
Journal title :
Malaysian Journal of University Education